Isnin, 26 November 2012

Bapak tak masuk

" tak payah duduk, jom balik"

" ahhhh...bakpe pulak?" aku pelik dengan kata Mahil yang tidak kasi aku duduk..termangu aku sebentar, dengan lelah yang masih bersisa gara-gara datang lewat kuliah jam 8 pagi baru keluar dari kosan ( rumah sewa) padahal kuliah start jam 7.30 pagi. ini siapa yang jadi dosen siapa jadi student, lawan tauke nampak.

Imbas di kosan bermula bagun pagi jam setengah lapan terus ke toilet nak kencing tiba-tiba diajak kawan makan, dengan gigi tak gosok terus bertapa di hadapan makanan..

"hoi, pergi la gosok gigi dulu tu air liur basi kt pipi". aku segera ke cermin untuk lihat.

"mana ada, memandai je" tangaku cuba mengapai kuih seri muka yang tersusun rapi di dalam piring. Tak sesaat tangan dipukul.

"pappp"  " pergi gosok gigi dulu baru makan" 

"anak dara siapa la yang tak senonoh bagun terus terjah makanan"

"ala, makan dulu baru gosok gigi nanti kena gosok balik"

"hish...malasnya"

"dah jam berapa yerh...aku class jam setengah tujuh tapi bapak sokmo masuk jam 8"

"biar betul, sekarang jam lapan awal lima belas minit"

" apa...tidak...mati aku lambat masuk kelas" aku terus ambil handuk terus ke kamar mandi. tepat jam 8 aku mula pecut spedal. naik semput urat tengkuk...

"bapak tunda hari khamis" kata Suraya..

aku ingat aku yang telat datang rupa-rupa class ganti nanti. Aku ambil keptusan terus Pustaka Utama, cari bahan untuk proposal.  Naik lenguh belek skripsi 4 biji extra yang kebisingan orang dalam. Ambil langkah drastik pergi Lotte Mart shopping barang-barang biar pun uang rupiah tak sampai seratus. Biasa beli barang mesti seratus keatas tak sah entah apa yang aku ambil kadang-kadang tak penting. Suka sangat makan biskuit perisa coklat boleh habis satu plastik sehari.

" jalan kaki je la, emmm...nampak macam macet je" aku monolog dalam hati sambil kaki terus melangkah menuju Lotte Mart sendirian tiba-tiba hujan turun rintik. Aku berdoa sempat sampai. alhamdulillah sampai juga akhirnya.Pulang naik angkut lama juga tunggu sampai hujan turun, aku redah sahaja dengan mengayuh speda pink aku yang comel-comel gitu.Perasan lebih hari-hari kena kutuk housemate aku speda macam orang perempuan. Apa aku kisah! dah dia tak ada aku punya hal la..

yehhh...dapat tengok korea kat tv indosiar. almaklum la itu cerita yang aku tunggu-tunggu  tak ada yang dapat halang akan ku redah walaupun badai yang melanda...

nak kena stop lu niee..

p/s: nk sleep..kerja yang bapak suruh tak buat lagi esok2 mintak tak kena tanya...huhuhu

assalamulaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan