Rabu, 27 Februari 2013

Party Girl Housemate


ULTAH ( ulang tahun) Party Girl Ieja....sweet sesangat sambut kat kedai steak, memory xleh bla....semua geng2 kost Pak Said (tuan bilik).. senyum memanjang budak girl tu...tepat jam 12 surprise kat kamar, tutup lampu dengan bawa sebijik kek sama2 nyanyi lagu ulang tahun...tak sangka menjadi juga rancangan kejutan aku..jenuh sehari sebelum tu duk pakat bincang dengan adik fatimah dari timor leste camne nk wat party...cayang kat Rifka anak indonesia turut serta dalam aktiviti..siang kami bertiga jalan-jalan cari kado ( hadiah ) naik jenuh kaki pergi Pasar Ciputat and cari kek apa yang akan dibeli..dapat cari apa yang nak langsung balik tak sangka housemate aku dah pulang kelentong sikit bila dia tanya pergi mana..nasib baik tak tanya banyak nanti jenuh pulak nk menjawabnya..pecah tembelang party surprise tak ke naya..hihihi...

Jumaat, 15 Februari 2013

OH tidak Rektur !



 Fakultas ku

“ Kak Wanda, Kak Aya bangun lagi." laung Fatimah dari biliknya.

“dah."

Bergegar suara Wanda melawan suara tv di kamar aku. Aku senyum dengar soalan  Fatimah
dengan jawapan Wanda terus layan laman sosial di facebook sekadar mengecheck berita terbaru
di pagi hari. Eleh, pagi hari konon padahal dah  nak masuk jam sepuluh dengan tidak mandi terus
terjah note book. Entah anak siapa yang buruk sangat perangai.

Aku keluar kamar sebenar mahu ke bilik air untuk kencing dah tak tahan kena la melalui kamar
Fatimah.

“ mau kemana? Udah mau pergi fakultas? Mau Kak Aya temani angak?."

“ayuh Kak Aya, temani aku ke fakultas."

“Kak Aya belum mandi, bisa nunggu 5 minit,bentar aja mandinya. Fikir kamu mau ke fakultas
selepas zohor."

“ok, Aku nunggui Kak Aya aja…cepatan... ngapain lepas zohor?."

“ohhh” muncung mulutku kedepan dengar jawapan Fatimah.


Aku terus ambil tuala terus ke bilik mandi sepantas yang mungkin mandi dan terus bersiap
memakai baju yang sudah di gosok padahal tak Nampak saterika masih banyak kedutan. Aku
peduli apa asal tutup aurat sudahsbukannya berbogel pun, tak bawa ke mati dan yang penting aku
selesa memakai biar pi la apa orang nak kata.

Kami berdua berjalan kaki ke fakultas melewati jalan ke fakultas la. Sudah jadi rutin harian jalan
kaki ke fakultas yang tidak beberapa jauh mahu sampai tidak sampai setengah jam. Tapi yang
membuat aku melemaskan dan menyusahkan  mahu ke gerbang fakultas perlu melintas jalan
 besar. Hish, ini yang malas sering jalan jammed.

“aduh, marcet lagi…banyak mobil gede lagi…cepat Kak Aya pegang tangan aku."

Sampai di gerbang masuk pintu fakultas kami menarik nafas lega dapat melewati masa
kemarcetan.

“fuhhh, kangan bangat…alhamdulillah dapat juga nyampai di fakultas."

“ angak usah lebai ( baik) kamu, ini pertama kali dengar orang kata suka datang fakultas."

“ops!! Hehehe… iya, fakultas merepotkan (menyusahkan) dan membuatkan orang pusing (pening)."
Aku hanya mengiyakan dengan beberapa kali mengganguk-angguk kepala menandai setuju
percakapannya.


“ Fatimah, mau kemana duluan? Kak  Wanda ngomong kemarin ke Lantai (tingkat) 3 ya.."

“iya, kemarin aku udah pergi tapi bingung. Lantai dua angak ada orang kata ibu Hurm ke
ruangan Rekturat hantari kertas kemarin."

“ kamu Fatimahkan? Benar angak?."


Tiba-tiba kami berdua yang enak  berjalan riang-riang di  sapa(tegur) seorang lelaki. Aku hanya
memandang sepantas cuma, tak kenal maka diamkan diri. Malas meramahkan mulut
menengurnya dan mendengar sahaja bualan Fatimah. Dalam hati. Mengomel aku tak sudah-
sudah mahu cepat, malas mahu dengar perbualan mereka yang berkisar tentang kegiatan
 taekwando bosan nunggu tak usah kata la. Kaki gua pun lenguh-lenguh menunggu nasib baik
lelaki terus menamati perbualan di akhiri meminta nombor hapek(telefon).

“Fatimah bukan di sana tangganya”.

“ di sini bisa aja, cepatan....”


Sampai di lantai 3 kelihatan dua orang perempuan dengan sembang santai di meja berhadapan
tangga, kami berdua terus melewati koridor cari bilik Rekturat.



“angak ada ruangan Rekturat, benar angak di sini” sambil meliar-liar mata kami berdua mencari
ruangan bilik Rekturat.”

“kak Aya mesej aja Kak Wanda nanya di mana tempatnya."


Beberapa minit nunggu belum dapat balasan dari housemate aku, terus mendailnya nanya. Kesal
benar aku dengan Fatimah kerana tidak confirm dimana mau pergi suruh tanya tidak mahu.kami
ke lantai 2, menelusuri koridor ada tulisan di tulis Pembantu,Rektur Bahagian Umum di
depannya ada tulis di hadpan pintu tulisan besar-besar REKTUR.


Aku cuba buka pintu bilik Pembantu Rektur Bahagian Umum, ada seorang lelaki yang duduk di
bangku luar memberitahu tidak ada orang, aku terus senyum dan sengih dengan tegurannya. Tadi
kerlingnya sahaja malas melayan, kelihatannya berbalas mesej dan ditangan ada beberapa
keping  kertas dalam pikiran aku mungkin menunggu Pembantu Rektur Bahagian Umum.

“kita ke bahagian kewangan sahaja Kak Aya, nanya lagi….kemarin udah ke sana lupa nama kena
ketemu sama siapa."

“ayuh aja kesana, ke nanya sama bapak disana mungkin tahu ruangan Rekturat dimana.” kami
berdua ikut bapaksampai di lantai bawah mau nanyanya.

“ di lantai 2 Ruangan Rektur, ada tulisan gede (besar)."



Aku dan Fatimah terus ke sana karena tadi kami ada lewatinya, mengucap terima kasih pada
bapak yang nolong kami. Kami terus masuk ruangan pejabat REKTUR, kelihtan 4 orang di
dalam dua perempuan dan dua lelaki yang berbual.

“ Maaf ambak, ini kertas..mau ketemu bapak Rektur.” aku biarkan Fatimah sendiri bertanya
kepada kerani tersebut. Kerani tersebut sekadar lihat beberapa kertas kepingan Fatimah sebentar
dan serah semula padanya.

“ambak berdua perlu buat temujanji duluan, nanti ke sana." aku lihat gari telunjuknya ke arah
lelaki yang duduk selang dari satu bangku denganya yang masih berbual-bual, mungkin lelaki
tersebut urus pasal opoinment dengan bapak Rektur.

“duduk duluan di sana ya."

Kami berdua senyum dan mengucap terima kasih. Aku masih berpikiran. Kenapa perlu bertemu
dengan bapakRektur sedangkan perkara ini tidak ada kaitan dengan masalah penangguhan
pembayaran yuran semester. Menjadi kemusykilan di benakku.

“Kak Aya mau lihat bentar kertas." Fatimah menghulur kepingan kertas kepadaku. Aku lihat
isinya di bahagian atas. terbeliak mata aku lihat tulisan “Kepada: Pembantu Rektur Bahagian
Umum."

“ Fatimah lihat ini, ini Pembantu Rektur Bahagian Umum bukan REKTUR, ayoh keluar…bukan disini di depan."

Aku lihat Fatimah kebingungan dan lihat semula kertas yang aku hulurkan kepadanya.

“ayoh keluar, angak apa-apakan keluar."

“ ayoh Fatimah keluar, sebelum dipanggil."Kami berdua terus terjah ke arah pintu untuk keluar.

“nasib baik belum ketemu bapak Rektur."

“iya. Ketemunya mau ngomong apa, pasti bingung.”

Kami terus ketuk pintu pejabat Pembantu Rektur Bagian Umum. Kelihatan seorang bapak lagi
serius mengadap fail. Menanya tujuan kami terus mensain dan meminta kami ke ruangan
kewangan lagi untuk selanjutnya. Sampai ke pejabat bahagian kewangan ketemu bapak Burtagar,
tergeleng-geleng kepalanya dengan menyebut “masyaallah la aulawala kuwataihilla”. Aku
hanya  terpengun yang keluar dari mulut nya. Tiba-tiba datang seseorang bapak menyerbu masuk
nanya bapak Burtagar. Tidak faham apa yang di bincangnya, kami berdua senyap sahaja duduk
di atas kerusi ruangan biliknya. Bapak keluar ruangan pejabat sebentar.

sambung...< ' ' >

Please, Jangan jadi Mereng...


episod 1

“kita kahwin, please….”

“gila. No,no and no”  “ aku tak kenal kau la!!!   apasal kena kahwin pulak?”.

“awak, please….camni, saya  Syahmirul, umur 30 masih single avaible insyaallah kahwin dengan awak jadi suami la pulak”.

“tak tanya pun.. aku bla dulu, assalamulaikum”.

Tak sempat aku melangkah setapak terasa lengan ditarik kasar menyebabkan aku terduduk dipangkunya oleh kerana terkejut aku pantas bangun,muka sudah kemerahan menahan malu dan memandang tajam Syahmirul rasa mahu telan. Dahlah perut lapar keluar dari rumah dengan keadaan tergesa-gesa. Ini semua gara-gara tak nak terserempak dengan Along  yang kuat membebel mengalahkan mak nenek. Baik  aku cabuk dulu, sebelum kena sembur dengan Along malah keinginan aku untuk sambung study  di luar Negara dibantah oleh Along sekeras-kerasnya. Pilu dan memilukan, sama juga ibu dengan  ahli keluarga yang lain ikut setuju dengan Along. Benci betul aku.

Aku ada seorang kakak namanya Shamira, dah kahwin  dan mempunyai  empat orang  anak semua heroin. Kahwin muda, tak sempat habis study dah gatal nak kahwin jadi ibu pun terima dalam terpaksa . Kakak aku seorang  yang degil suka buat keputusan ikut kepala dia kata ibu pun di lawan habis-habisan jadi ibu mengalah sahaja apa kehendak kakak takut terjadi perkara lain.

“ please… awak tolong  la, saya akan tunaikan apa yang awak nak? Duit ? Apa-apa je”.

“ betul” . Bersinar mata aku dengar  tawaran yang nampak gempak.

Mirul mengangguk beberapa kali menandakan setuju. Dalam pikiran Shahira mahu sambung belajar tapi wang  tidak mengcukupi  tambahan pula ayah lancarkan mogok dengan membeku kad kredit.

“ jom ikut aku”. Terus Mirul mengheret aku ke kereta. Terlopong mulut aku lihat kereta Lutos yang berwarna hitam bersinar lagi berkilat, mahu terbeliak anak mata. Biar betul mamat nie. Anak siapa la ni. Aku nak dapat basikal buruk pun susah apatah lagi kereta Lutos. Ibu selalu kata perempuan tak elok bawa kenderaan. Kolotnya pemikiran ibu tapi nak buat macam mana tidak boleh Shahira merasa bosan dengan suasana sunyi.  Si Mirul memandu dengan serius tak pandang sebelah. Ingat patung ke orang tepi.

“em, kita nak kemana?” “ suka hati je kipnap orang”.

“ kipnap?” “ hish, tadikan awak setuju“.

“ ewahh,ewahhh…. Suka hati kata orang setuju,tak kata pun nak ikut kau, terus heret orang”.

“  boleh diam tak? Memekak je”.

“ amboi, tadi pujuk rayu…sekarang, apa hal? Baik behentikan sebelum saya terjun”.

“ ok,ok, aku zip mulut”. kata Mirul mengerling ke arah Shahira. Kelihatan di depan banglo tersegam indah. Berwarna biru. Itu calour favorite aku . Gara-gara itu juga aku gaduh dengan Along. Baju punya hal kecik pun boleh gaduh. Apa punya barang Along tua-tua cari gaduh dengan budak kecik.

Kecoh bilik dengar gelak tawa Shahira dengan Nurul yang bergusti atas katil gara-gara tayangan video di dalam lattop Shahira yang memaparkan aksi actor korea Jung Park Yoo. Shahira cuba menjatuhkan badan Nurul ke bawah katil tapi ternyata stamina latihan taekwano kental di dalam badan mampu menahan tekanan tolakan kaki Shahira daripada jatuh dari katil.

“ dah la Shahira nanti kena marah jiran sebelah…kerana apa?”.

“ bising” Shahira dengan Nurul jawab serentak dengan suara lantang sambil ketawa , ingat bagunan dia orang yang punya.
.
“ Woi orang sebelah tak reti diam ke, memekak  je… tak kira  siang malam, kalau nak meraung balik hutan la".

“ apa woi-woi, ikut suka hati aku la, gua apa kisah…bangunan nie atuk aku punya, pie bla la” .Shahira serang balas dengan kata lantas di cubit oleh Nurul.

“ aduh, sakit nek Nurul..dah merah paha aku  dah kurang  hantaran kahwin kau yang bertanggungjawab kekgi”
“ apa aku kisah, dah la jangan gaduh dengan orang sebelah kan tak pasal terpacak kat pintu baru kau tahu langit itu tinggi rendah?

“ting tong…ting tong…ting tong”. sudah naik lenguh tangan Fakhrul menekan bell tapi tidak ada yang buka“.

Musykil betul aku tadi dengar orang ketawa kat rumah sebelah takkan suara hantu kot, ish…selisih malaikat 44…” Kata Fakhrul dengan suara rendah…

Shahira tergesa –gesa menyarung kasut  di hadapan pintu dan terus  naik skuter  warna biru yang dibeli dengan dengan hasil perit jerih kerja nya.

“mati aku, kena pacung dengan bos”.

“nie semua mamat gila semalam, hantar lambat pulang rumah” “ada kawan tak boleh harap, huh”
Brummmmmm……

“ fuh, smart nya kerete lotus tu, warna pulak biru bikin gua pemasaran”.

Walaupun perwatakan sedikit kasar tapi naluri Shahira masih lagi ada sifat  kelembutan tandanya dia fanatic dengan warna biru lembut, yang jelas semua barang nak yang warna tu jugak. Orang kata warna biru sesuai dengan budak laki ini terbalikan..hihi..apa aku kisah.

Tiba-tiba tingkap kereta terbuka…terpana Shahira lihat Mirul dengan senyuman sinis yang di lemparkan..

“hish, mamat ini lagi.. kalau tom cruse sedap juga nak cuci matanya”.

bersambung........

coretan tangan


Belenggu diri Keinsafan

Kebosanan sedang melanda pada diriku. Pusing kanan lihat si dia pusing kiri teringat pada si dia.
Ada apa dengan aku! Musykil betul, rimas. Kenapa teringat pada si dia yang tidak ada
perhubungan apa-apa dengan. Aku tidak kenal dia. Mungkin mimpi atau keadaan aku dalam
 stress tahan gaban dengan proposal.

“ahhhhhh”

Keluar juga suara aku yang tak seberapa merdu melepaskan tekanan yang melanda dalam diri.
Kenapa ada pertemuan sekiranya menjelmanya perpisahan! Lagi bertambah kusut pikiran aku
 bila mengingati pada si dia. Ada rasa kekurangan di benak hatiku. Aku sebenarnya sudah
kehilangan apa ya. Tidak dapat jawab persoalan yang berlagar di di hatiku. Berjumpa doktor
belum tentu ubati hatiku yang parah. Silap haribulan dihantarnya aku di tanjung rambutan.

Hati mula rasa tertusuk –tusuk benda yang tajam langsung terbenam terus ke dasar hati.
Aku mula melangkah mencapai remote tv yang ada di atas meja, dengan tidak berperasaan
 memicit punat. Maka keluar la suara “innanilla….” terkejut aku pamparan di kaca tv yang mana
tanah tidak dapat menerima mayat yang mahu dikebumikan. “ya Allah” terdetik di hatiku.

“apakah kesalahan dia sampai begitu sekali azab yang diterima di dunia apatah lagi di akhirat
nanti."

“Masyaallah, aku belum solat dhuha. Dah lama tak solat, ya Allah khilafnya diriku.”

Sesungguhnya banyak kelebihan kepada sesiapa yang menunaikan solat dhuha di pagi hari. 
Beruntunglah kepada yang mendirikannya dan istiqomah dalam mengerjakannya kerana ia
menjadi kunci punca rezeki, kunci untuk mencapai kejayaan dalam menggapai keberkatan dari
ilahi dan kunci ke arah untuk sentiasa cukup dalam kehidupan seharian.

Teringati aku akan pesan pensyarah di universiti memberitahu cara bagaimana

menunaikan solat dhuha, dengan murah hatinya berkongsi dengan kami walaupun

 sebenarnya kami sudah tahu. Tata caranya: pada rakaat pertama setelah membaca surah

al-fatihah baca surah “ Al-Kaustar –  انا   اعطيناك الكوثر “  sebanyak 3 kali dan pada rakaat

 kedua setelah al-fatihah baca surah  al-Maudzatain, yaitu: al- Falaq dan al-Nas masing-

masing dibaca 3 kali. . Setelah itu membaca do’anya; boleh dalam sujud atau setelah salam.

Yaitu:   
يا الله   يا واجد  يا ماجد  يا واحد  يا احد  يا كريم  اتوجه اليك  بنبيك  نبي الرحمة  يا رسول الله  اني  اتوجه بك الي الله  ربي  وربك  ورب  كل  شيء  اسئلك  يا الله  ان تصلي  علي  سيد نا  محمد وعلي اله وصحبه  وان تنفحني  نفحة  من  نفحاتك  واسئلك  فتحا  وتيسيرا  ورزقا  واسعا  الم  به  شعثي  وتقضي  به  د يني  واستعين  به  علي عيالي  بفضلك  وكرمك يا ارحم  الراحمين  وصلي  الله  علي  سيد نا  محمد  وعلي  اله  وصحبه  وسلم.

Artinya: Wahai Allah, wahai Yang Maha Menemukan/Kaya, wahai Yang Maha Mulia, wahai Yang Maha Tunggal, wahai Yang Maha Esa, wahai Yang Maha Mulia, saya menghadap kepada-Mu dengan Nabi-Mu, seorang Nabi  pembawa rahmat, wahai Rasulullah sesungguhnya aku menghadap denganmu kepada Allah, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan segala sesuatu. Aku bermohon kepada-Mu, wahai Allah agar Engkau melimpahkan shalawat-Mu  kepada  junjungan kami Nabi Muhammad juga kepada keluarga dan shahabatnya, dan hendaknya Engkau menganugerahkan kepadaku dari banyak anugerah-Mu, dan aku mohon kepada-Mu kemenangan dan kemudahan  juga rizki yang luas, dimana dengannya aku mengumpulkan  barangku yang tercecer, aku membayar hutangku, dan  aku menjadikannya  pertolongan untuk keluargaku, dengan sebab anugerah dan kedermawanan-Mu  wahai Dzat yang paling berkasih sayang. Semoga Allah mencurahkan shalawat dan salan-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan shahabatnya.

Terdetak di dalam hati aku mungkin ini tanda Allah masih sayang aku dengan memperingati aku
supaya solat dhuha. Langsung aku tutup tv lantas ambil tuala di ampaian sidaian melangkah terus
ke bilik air. Selesai berpakaian lengkap mukenanya berdiri tegak dengan mengadap kiblat,
tangan diangkat.

“Allahuakbar” sehingga selesai diiringi doa. Di mulai dengan selawat kepada Nabi junjungan
kita. Aku tersedu-sedu meminta ke ampunan yang maha esa kerana kelalaian dan kealpaan aku
selama ini dengan menyibukan diri pada keduniawian. Tidak di lupakan aku berdoa
 kesejahteraan kedua orang tuaku yang menjaga dan merawat aku dari kecil sehingga sekarang
dan meriah doa dirahmati arwah yang aku sayangi ayah dan abang yang sudah tiada di dunia
 fana ini. Aku menyambung lagi diberkati kami sekeluarga diberi kesihatan berpanjangan untuk
dapat mengerjakan ibadahnya, melimpahkan rezeki yang halal yang melimpah luasnya supaya
dapat membagi-bagi sesama manusia yang lain. Tidak dilupakan kuatkan imanku, di beri
 ketabahan dan kekuatan melawan mehnah dunia. Amin ya Allah. Perkenankanlah doa hambamu
yang kerdil ini.

Aku terus mengambil al-quran yang sering di bawa ke mana sahaja aku berpergian, lantas aku
 buka surah Al-waqiah. Aku baca dengan baik dan tertil supaya nanti akhirat kelak tidak dilaknat
kerana kesalahan bacaan.

Ya Allah, aku sudah mendapat kembali ketenangan dan semangat kembali pulih dalam diriku.
 Aku penjam mata sekejap pusing kanan aku lihat lautan terbentang luas, lantas mengucap
 “Subhanalallah.” Indahnya ciptaan mu yang tidak ada apa yang dapat menandingi kekuasaanmu.
Sejenak kemudian pandang kiri lihat kelihatan api yang membawa membawa aku beristiqfar
panjang berdoa di dalam hati jangan lah aku tergolongan kalangan orang yang dimurkai.

Aku meraup muka dengan tangan dan tidak lepas bibirku berselawat kepada nabi junjungan. Ini
bukan khayalan yang aku alami tapi kebenaran yang dilakukan dengan perbutanku sendiri.