Jumaat, 15 Februari 2013

coretan tangan


Belenggu diri Keinsafan

Kebosanan sedang melanda pada diriku. Pusing kanan lihat si dia pusing kiri teringat pada si dia.
Ada apa dengan aku! Musykil betul, rimas. Kenapa teringat pada si dia yang tidak ada
perhubungan apa-apa dengan. Aku tidak kenal dia. Mungkin mimpi atau keadaan aku dalam
 stress tahan gaban dengan proposal.

“ahhhhhh”

Keluar juga suara aku yang tak seberapa merdu melepaskan tekanan yang melanda dalam diri.
Kenapa ada pertemuan sekiranya menjelmanya perpisahan! Lagi bertambah kusut pikiran aku
 bila mengingati pada si dia. Ada rasa kekurangan di benak hatiku. Aku sebenarnya sudah
kehilangan apa ya. Tidak dapat jawab persoalan yang berlagar di di hatiku. Berjumpa doktor
belum tentu ubati hatiku yang parah. Silap haribulan dihantarnya aku di tanjung rambutan.

Hati mula rasa tertusuk –tusuk benda yang tajam langsung terbenam terus ke dasar hati.
Aku mula melangkah mencapai remote tv yang ada di atas meja, dengan tidak berperasaan
 memicit punat. Maka keluar la suara “innanilla….” terkejut aku pamparan di kaca tv yang mana
tanah tidak dapat menerima mayat yang mahu dikebumikan. “ya Allah” terdetik di hatiku.

“apakah kesalahan dia sampai begitu sekali azab yang diterima di dunia apatah lagi di akhirat
nanti."

“Masyaallah, aku belum solat dhuha. Dah lama tak solat, ya Allah khilafnya diriku.”

Sesungguhnya banyak kelebihan kepada sesiapa yang menunaikan solat dhuha di pagi hari. 
Beruntunglah kepada yang mendirikannya dan istiqomah dalam mengerjakannya kerana ia
menjadi kunci punca rezeki, kunci untuk mencapai kejayaan dalam menggapai keberkatan dari
ilahi dan kunci ke arah untuk sentiasa cukup dalam kehidupan seharian.

Teringati aku akan pesan pensyarah di universiti memberitahu cara bagaimana

menunaikan solat dhuha, dengan murah hatinya berkongsi dengan kami walaupun

 sebenarnya kami sudah tahu. Tata caranya: pada rakaat pertama setelah membaca surah

al-fatihah baca surah “ Al-Kaustar –  انا   اعطيناك الكوثر “  sebanyak 3 kali dan pada rakaat

 kedua setelah al-fatihah baca surah  al-Maudzatain, yaitu: al- Falaq dan al-Nas masing-

masing dibaca 3 kali. . Setelah itu membaca do’anya; boleh dalam sujud atau setelah salam.

Yaitu:   
يا الله   يا واجد  يا ماجد  يا واحد  يا احد  يا كريم  اتوجه اليك  بنبيك  نبي الرحمة  يا رسول الله  اني  اتوجه بك الي الله  ربي  وربك  ورب  كل  شيء  اسئلك  يا الله  ان تصلي  علي  سيد نا  محمد وعلي اله وصحبه  وان تنفحني  نفحة  من  نفحاتك  واسئلك  فتحا  وتيسيرا  ورزقا  واسعا  الم  به  شعثي  وتقضي  به  د يني  واستعين  به  علي عيالي  بفضلك  وكرمك يا ارحم  الراحمين  وصلي  الله  علي  سيد نا  محمد  وعلي  اله  وصحبه  وسلم.

Artinya: Wahai Allah, wahai Yang Maha Menemukan/Kaya, wahai Yang Maha Mulia, wahai Yang Maha Tunggal, wahai Yang Maha Esa, wahai Yang Maha Mulia, saya menghadap kepada-Mu dengan Nabi-Mu, seorang Nabi  pembawa rahmat, wahai Rasulullah sesungguhnya aku menghadap denganmu kepada Allah, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan segala sesuatu. Aku bermohon kepada-Mu, wahai Allah agar Engkau melimpahkan shalawat-Mu  kepada  junjungan kami Nabi Muhammad juga kepada keluarga dan shahabatnya, dan hendaknya Engkau menganugerahkan kepadaku dari banyak anugerah-Mu, dan aku mohon kepada-Mu kemenangan dan kemudahan  juga rizki yang luas, dimana dengannya aku mengumpulkan  barangku yang tercecer, aku membayar hutangku, dan  aku menjadikannya  pertolongan untuk keluargaku, dengan sebab anugerah dan kedermawanan-Mu  wahai Dzat yang paling berkasih sayang. Semoga Allah mencurahkan shalawat dan salan-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan shahabatnya.

Terdetak di dalam hati aku mungkin ini tanda Allah masih sayang aku dengan memperingati aku
supaya solat dhuha. Langsung aku tutup tv lantas ambil tuala di ampaian sidaian melangkah terus
ke bilik air. Selesai berpakaian lengkap mukenanya berdiri tegak dengan mengadap kiblat,
tangan diangkat.

“Allahuakbar” sehingga selesai diiringi doa. Di mulai dengan selawat kepada Nabi junjungan
kita. Aku tersedu-sedu meminta ke ampunan yang maha esa kerana kelalaian dan kealpaan aku
selama ini dengan menyibukan diri pada keduniawian. Tidak di lupakan aku berdoa
 kesejahteraan kedua orang tuaku yang menjaga dan merawat aku dari kecil sehingga sekarang
dan meriah doa dirahmati arwah yang aku sayangi ayah dan abang yang sudah tiada di dunia
 fana ini. Aku menyambung lagi diberkati kami sekeluarga diberi kesihatan berpanjangan untuk
dapat mengerjakan ibadahnya, melimpahkan rezeki yang halal yang melimpah luasnya supaya
dapat membagi-bagi sesama manusia yang lain. Tidak dilupakan kuatkan imanku, di beri
 ketabahan dan kekuatan melawan mehnah dunia. Amin ya Allah. Perkenankanlah doa hambamu
yang kerdil ini.

Aku terus mengambil al-quran yang sering di bawa ke mana sahaja aku berpergian, lantas aku
 buka surah Al-waqiah. Aku baca dengan baik dan tertil supaya nanti akhirat kelak tidak dilaknat
kerana kesalahan bacaan.

Ya Allah, aku sudah mendapat kembali ketenangan dan semangat kembali pulih dalam diriku.
 Aku penjam mata sekejap pusing kanan aku lihat lautan terbentang luas, lantas mengucap
 “Subhanalallah.” Indahnya ciptaan mu yang tidak ada apa yang dapat menandingi kekuasaanmu.
Sejenak kemudian pandang kiri lihat kelihatan api yang membawa membawa aku beristiqfar
panjang berdoa di dalam hati jangan lah aku tergolongan kalangan orang yang dimurkai.

Aku meraup muka dengan tangan dan tidak lepas bibirku berselawat kepada nabi junjungan. Ini
bukan khayalan yang aku alami tapi kebenaran yang dilakukan dengan perbutanku sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan