Khamis, 4 Ogos 2011

jejari menari

         Mengamit rindu kepada yang tidak sudi, menyesakkan jiwa malah memberi kepedihan yang bertandang di dada. perit yang tidak tertanggung memenuhi ruang rongga terus menyalur urat saraf sampai  ke kepala. Pemandangan yang menarik bukan lagi meyenangkan hati yang bergelora seumpama stunami  menunggu masanya dan hanya tunggu lahar gunung  berapi memuntah segala yang tersimpan di hati. Kemana  nilai hati nurani ihsan dalam dirimu kekasih belahan jiwa yang aku puja selama ini. Walaupun alam semester menentang keras berhubungan kita akan tetapi aku sanggup mencarikkan sekeping hati demi cintaku padamu yang dicintai. Kau tegar menperkotak katik cintaku yang agung  dengan  kata-katamu yang tajam kadangkala menyindir bersama mimik muka mu yang jelik apabila memandangku. Adakah diri ini tidak bisa berdampingan denganmu yang mempunyai sifat sempurna malah tidak ada cacat cela dipandanganku.

Selasa, 2 Ogos 2011

         Mengamit rindu kepada yang tidak sudi, menyesakkan jiwa malah memberi kepedihan yang bertandang di dada. Perit yang tidak tertanggung memenuhi ruang rongga terus menyalur ke urat saraf sampai  di kepala. Pemandangan yang menarik bukan lagi meyenangkan hati yang bergelora seumpama stunami  menunggu masanya dan hanya tunggu lahar gunung  berapi memuntah segala yang tersimpan di hati. Kemana  nilai hati nurani ihsan dalam dirimu kekasih belahan jiwa yang aku puja selama ini. Walaupun alam semester menentang keras berhubungan kita akan tetapi, aku sanggup mencarikkan sekeping hati demi cintaku padamu yang dicintai. Kau tegar menperkotak katik cintaku yang agung  dengan  kata-katamu yang tajam kadangkala menyindir bersama mimik muka mu yang jelik apabila memandangku. Adakah diri ini tidak bisa berdampingan denganmu yang mempunyai sifat sempurna malah tidak ada cacat cela dipandanganku.
  hari ini  aku melangkah kaki ke hospital kuala terengganu untuk mengambil  ujian kesihatan yang aku jalankan seminggu yang lalu. sebelum keluar dari rumah hati aku berdebar-debar seakan-akan  ada perkara yang akan berlaku  tapi aku cuba menghilangkan dengan berselawat kepada nabi junjungan. alhamdulilah sedikit demi sedikit terpujuk jua. apabila kedengaran suara tangisan syamiara aku terus melangkah ke kamar bilik,mungkin anakku lapar atau tidurnya terganggu. seusai menyusu syamiara dan menepuk badannya dia tidur semula.sebelum keluar aku titipkan pesan kepada adikku di kamar hadapan supaya melihat syamaira kerana aku mahu keluar. hendak di bawa syamaira tidak tega, pergi naik bas. nasib baik adikku syahida tidak ada kuliah boleh jenguk anak saudara yang sorang.
   "maaf puan, dari analisis yang kami jalankan puan didapati mempunyai kanser rahim peringkat terakhir".
nyawaku seolah-olah melayang dari badan dan otak tidak dapat berfungsi dengan baik